Rabu, 02 Desember 2015

Sebab yg membawa kpd jahat sesudah mati

Sebab yang Membawa Kepada Jahat Kesudahan Mati Itu 4 Perkara
                                              
                 
1.      Memudahkan Dengan Sembahyang Dan Meringan-ringankan dia Sembahyang
2.      Minum Arak
Tidak akan masuk syurga orang yang durhaka kepada ibubapa dan penagih arak. Hadis Sahih. Riwayat imam Ahmad (201/2), Nasaie (218/8), Thahawi dlm kitab Musykal al-Athar (395/1) iman Albani dlm kitabnya Shahih al-Jami' (7553).
                     
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda bahawa 3 golongan yang diharamkam masuk ke syurga iaitu penagih arak, derhaka kpd kedua ibubapa dan dayus iaitu lelaki yang membiarkan maksiat berlaku dlm keluarganya. Hadis Sahih riwayat imam Ahmad (128, 69/2 ), al-Hakim (174/4), al-Baihaqi (288/8) dan imam Albani dalam kitabnya Shahih al-Jami’ (7553).

Namun terdapat di kalangan umat islam yang cuba untuk mempermainkan hukum Allah ini dengan menggunakan kelicikan akalnya dengan berkata bahawa Allah telah mengharamkan arak kerana ia memabukkan, tapi saya minum, tak mabuk pun.. jadi tak haramlah katanya… inilah jenis manusia yang menggunakan fikirannya yg berkiblatkan nafsu…
3.                       عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ
Dari Jabir Bin Abdullah bahawa Rasullullah SAW telah bersabda : “Apa yang boleh menjadi mabuk jika minum/makan dengan banyaknya, maka minum/makan hanya sedikit sahajapun tetap haram“. Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Nasaie.
                                      
3.      Mendurhakan Kedua Ibu Bapak
Pertanyaan,, ?
Bagaimana caranya berbakti kepada orang tua yang sudah mati (meninggal) ?


·         Banyak Cara untuk Berbakti kepada Orang Tua
Setelah orang tua meninggal, ada banyak cara bagi si anak untuk tetap bisa berbakti kepada orang tuanya. Mereka tetap bisa memberikan kebaikan bagi orang tuanya yang telah meninggal, berupa aliran pahala. Dengan syarat, selama mereka memiliki ikatan iman.
Lebih dari, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan kepada salah seorang sahabat untuk melakukan beberapa amal, agar mereka tetap bisa berbakti kepada orang tuanya.
Dari Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan, ‘Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seseorang dari Bani Salamah. Orang ini bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah masih ada cara bagiku untuk berbakti kepada orang tuaku setelah mereka meninggal?’ Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
نَعَمْ، الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا، وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا، وَإِيفَاءٌ بِعُهُودِهِمَا مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِمَا، وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا
“Ya, menshalatkan mereka, memohonkan ampunan untuk mereka, memenuhi janji mereka setelah mereka meninggal, memuliakan rekan mereka, dan menyambung silaturahmi yang terjalin karena sebab keberadaan mereka.” (HR. Ahmad 16059, Abu Daud 5142, Ibn Majah 3664, dishahihkan oleh al-Hakim 7260 dan disetujui adz-Dzahabi).
Makna ‘menshalatkan mereka’ memiliki dua kemungkinan,
·         Menshalatkan jenazah mereka
·         Mendoakan mereka dengan doa rahmat.
Demikian keterangan as-Sindi yang dikutip Syuaib al-Arnauth dalam Tahqiq beliau untuk Musnad Imam Ahmad (25/458).
Diantara doa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran adalah doa memohonkan ampunan untuk kedua orang tua kita,
وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Berdoalah, Ya Allah, berilah rahmat kepada mereka (kedua orang tua), sebagaimana mereka merawatku ketika kecil.” (QS. Al-Isra: 24)

·         Pentingnya Menjaga Silaturahmi Sepeninggal Orang Tua
Diantara fenomena yang sering kita jumpai di masyarakat, ada beberapa anak yang memiliki hubungan dekat dengan kerabat atau teman dekat orang tuanya. Namun ketika orang tuanya meninggal, kedekatan ini menjadi pudar, bahkan terkadang terjadi permusuhan.
Karena itu, salah satu bentuk berbakti kepada orang tua yang tingkatannya sangat tinggi adalah menjaga hubungan silaturahmi dengan semua keluarga yang masih kerabat dengan orang tua kita dan orang-orang yang menjadi teman dekat orang tua.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ مِنْ أَبَرِّ الْبِرِّ صِلَةَ الرَّجُلِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ
“Bentuk kebaktian kepada orang tua yang paling tinggi, menyambung hubungan dengan orang yang dicintai bapaknya, setelah ayahnya meninggal.” (HR. Muslim no. 2552)

4.      Menyikiti Akan Orang Muslim


MTI Dayah Nurussalam Gampoeng Mampree Kec Syamtalira Aron Kab Aceh Utara- Aceh
Kitab Al Jauhar al Mauhub ( Hal 35 )


Senin, 30 November 2015

MA'RIFATULLAH



 
TINGKATAN IMAN
Martabat Iman (Tingkatan Iman)

1. Iman yang terbit daripada “Taklid”
Hasil daripada mengikut fahaman orang lain,contohnya mengikut apa yang dikatakan dan diajarkan oleh para Guru. Iman ini sangat lemah kerana tiada bukti dan hujah dapat dikemukakan oleh seseorang itu apabila timbul keraguan.Hanya berpandukan penerangan sesorang itu sahaja.

2. Iman yang tebit daripada “Ilmu”
Hasil daripada pembelajaran mengenai dalil-dalil dan hujah-hujah yang berpandukan Al-Quran,hadis dan para Ulama. Sesiapa yang telah mencapai tingkatan iman ini,mereka akan berasa yakin dan mampu untuk menerangkan dan menghayati hakikat iman itu sendiri.

3. Iman yang terbit daripada “Ayan”(ainun-mata)
Hasil daripada “muraqabatullah” iaitu rasa sentiasa diperhatikan oleh Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tingkatan ini dikurniakan oleh Allah kepada insan yang terpilih sahaja

4. Iman yang terbit daripada “Hak”
Hasil daripada “musyahadatullah” iaitu dapat melihat Allah dengan mata hati. Juga dikurniakan kepada insane terpilih sahaja

5. Iman yang terbit daripada “Hakikat”
Hasil daripada “fana’unfillah” iaitu tiada melihat selain dari Allah SWT. Para Wali Allah hanya dapat mencapai sehingga ke tingkatan iman ini. Dimana mereka menjadi fana’ kepada Allah dan tidak dapat menyedari dan mengawalnya.

6. Iman yang terbit daripada “Hakikatul hakikat”
Juga hasil daripada “fana’unfillah” tetapi tingkatan ini hanya dikurniakan oleh Allah kepada para Anbia sahaja. Dimana para nabi dan Rasul fana’ kepada Allah dengan dapat melihat zat Allah itu tetapi masih mampu untuk mengawalnya dan hidup seperti manusia biasa. Seperti Rasulullah dapat melihat syurga dan neraka ketika Isra’ dan Mi’raj, tetapi masih turun kebumi dan dapat hidup seperti manusia biasa.

Oleh itu,marilah kita sama-sama menanam azam dihati untuk mempelajari dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita semua sehingga sekurang-kurangnya mencapai tingkatan “Ilmu”. Tingkatan Iman ini hanya dapat dicapai dengan mengenalnya dengan mata hati.Oleh itu, sama-samalah kita mensucikan hati kita ini daripada sifat-sifat yang tercela yang selama ini telah menutup mata hati kita daripada mengenal Allah SWT.Semoga kita semua sentiasa dibukankan pintu hati oleh Allah SWT untuk dipermudahkan mempelajari ilmunya ini…Amin ya rabbal alamin...
Dari kitab Aqidatun Najin bagi Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani, m/s 120. Dan dari kitab Al-Jauharul Mauhub wa Minabbahatil Qulub bagi Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani, m/s 31
PENGAJIAN KITAB AL-JAUHAR MAUHUB SETIAP MALAM KAMIS DI DAYAH MTI DAYAH NURUSSALAM GAMPOENG MAMPREE KEC SYAMTALIRA ARON ACEH UTARA - ACEH